Tuesday, February 19, 2008

Tikus

Mus ialah genus bagi rodensia bernama tikus yang tergolong dalam salah satu spesies mamalia kecil. Spesis tikus yang paling dikenali ialah tikus rumah biasa (Mus musculus) yang didapati di seluruh dunia sebagai tikus ujian makmal yang berfungsi sebagai organisma contoh penting dalam biologi, di samping menjadi haiwan peliharaan yang laris.

Pengelasan saintifik

Alam : Animalia
Filum : Chordata
Kelas : Mammalia
Order : Rodentia
Superfamili : Muroidea
Famili : Muridae
Subfamili : Murinae
Genus : Mus


Rattus ialah genus bagi pelbagai spesis rodensia bergelar tikus bersaiz sederhana. "Tikus sejati" merupakan ahli-ahli genus Rattus, terutama sekali tikus hitam, Rattus rattus, dan tikus perang, R. norvegicus. Kebanyakan ahli genera dan famili rodensia lain juga dipanggil tikus dan banyak berkongsi ciri-ciri dengan tikus sebenar. Jangka hayat tikus ini puratanya 2-3 tahun.
Tikus bergenus Rattus dibezakan daripada tikus bergenus Mus dari segi saiznya; panjang badan tikus rattus biasanya melebihi 12 cm (5 in).

Pengelasan saintifik

Alam : Animalia
Filum : Chordata
Kelas : Mammalia
Order : Rodentia
Superfamili : Muroidea
Famili : Muridae
Subfamili : Murinae
Genus : Rattus

No comments: