Thursday, March 13, 2008

Tahukah Anda ?

Air Terjun - Air Terjun yang tertinggi di dunia ialah Air Terjun Angel.

Amerika - John Fitzgerald Kennedy ialah Presiden Amerika Syarikat yang dibunuh oleh Lee Harvey Oswald.

Bahasa - Bahasa yang paling luas dugunakan di dunia ialah Bahasa Mandarin.

Bintang - Warna bintang yang paling sejuk sekali ialah Merah.

Cermin Mata - Cermin mata dicipta pada tahun 1310 oleh seorang rakyat Itali yang bernama Salvinius Armadus.

Gas - Gas yang paling ringan di bumi ialah gas Hidrogen.

Gunung - Gunung berapi hidup yang tertinggi di dunia ialah Gunung Cotopaxi.

Keretapi - Landasan Keretapi bawah tanah yang pertama dibina di dunia ialah Landasan Metropolitan, London.

Matahari - Sebahagian besar matahari terdiri daripada gas hidrogen.

Pokok - Pokok bunga madat atau popi yang digunakan untuk menghasilkan candu, morfin dan heroin dikenali juga sebagai Papaver Somniferum.

Polis - Pengasas pasukan polis yang pertama di dunia ialah Sir Robert Peel.

Selat - Selat yang terpanjang di dunia ialah Selat Melaka dan Selat yang paling lebar di dunia ialah Selat Mozambique.

Siput - Siput babi termasuk dalam kumpulan 'moluska'.

Taj Mahal - Bangunan Taj Mahal di Agra, India dibina oleh Maharaja Mogul iaitu Shah Jehan untuk isteri kesayangannya dan siap pada tahun 1648.

Tulang - Manusia dewasa mempunyai 207 batang tulang.

Gajah - Gajah Afrika hamil selama 640 hari.

Perkataan - Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

Teriak - Tahukah anda bahwa jika anda berteriak terus menerus selama 8 tahun, 7 bulan dan 6 hari,tenaga yang anda keluarkan akan cukup untuk
memanaskan segelas kopi.

Nama - Nama tempat paling panjang di Bumi yang diketahui adalah "Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch" yang terletak di barat laut Wales, United Kingdom. Tetapi kebanyakan orang sering memanggilnya secara mudah sebagai Llanfair PG.

24 Jam - Sistem 24 jam sehari diperkenalkan pada abad ke 4 sebelum masehi oleh bangsa Sumero-Babylon.

Tuesday, March 11, 2008

Sejarah Proton

PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.

Pemegang saham terdiri daripada:

Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%)
Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)
Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)

7 Mei 1983: Penubuhan PROTON.

23 Mei 1983: Upacara menandatangani:
Perjanjian usahasama;
Perjanjian bantuan teknikal;
Perjanjian pinjaman;
Kontrak untuk bekalan dan pembinaan loji pembuatan kereta;
Kontrak untuk bekalan bungkusan KD dan alatganti.

25 Jun 1984: Menandatangai perjanjian kakitangan.

27 Jun 1984: Pengumumam nama model bagi kereta nasional (Proton Saga).

1 Ogos 1984: Pemasangan peralatan/jentera bermula.

29 Oktober 1984: Penilaian bersama prototaip pengeluaran untuk mendapat pengesahan dan persetujuan.

1 Disember 1984: Berpindah ke pejabat baru di Loji, Shah Alam.

26 Januari 1985: Pemasangan mesin pembentuk dirasmikan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

18 April 1985: Percubaan pengeluaran kereta pertama selesai.

1 Julai 1985: Permulaan pengeluaran komersial Proton Saga.

9 Julai 1985: Pembukaan rasmi kilang kereta nasional dan pelancaran Proton Saga oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

1 September 1985: Pelancaran pasaran oleh Edaran Otomobil Nasional Sdn Bhd (EON).

15 Januari 1986: Pengeluaran 10,000 unit Proton Saga.


Senarai kenderaan/kereta keluaran PROTON adalah seperti berikut:

Proton Arena: Sebuah trak utiliti mini yang juga dipanggil sebagai Proton Jumbuck di UK dan Australia).

Proton BLM: Model pengganti bagi kereta Proton Saga yang dikeluarkan sejak tahun 1985, bakal dilancarkan pada Januari 2008.

Proton Gen-2: Satu-satunya kereta buatan Malaysia sepenuhnya (termasuk chasis dan enjin) dan merupakan model gantian untuk Proton Wira; dilancarkan pada 8 Februari 2004.

Proton Iswara: Merupakan perubahan rupa bagi Proton Saga; dilancarkan pada 1992.

Proton Juara: Sebuah MPV yang ringkas dan kecil berasaskan Mitsubishi Town Box.

Proton Persona: Dilancarkan pada 15 Ogos 2007. Kereta 1.6 liter sedan ini berasaskan kepada model terdahulu, Proton Gen-2 dengan menampilkan bentuk sedan berbanding Gen-2 dengan bentuk hatchback. Ianya juga mengekalkan enjin 82kW Campro.

Proton Perdana: Berasaskan Mitsubishi Eterna, dikeluarkan untuk pasaran kereta mewah pada 1994.

Proton Perdana V6: Versi V6 untuk Proton Perdana dengan pengubahsuaian kit.

Proton Pert: Mempunyai ciri yang sama seperti Mitsubishi Lancer Evolution. Model yang terkini dipasang seperti Evolution VII dan bertanding dalam kelas produksi di World Rally Championship.

Proton Putra: Sedan sport 3 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage.

Proton Saga: Merupakan model pertama, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke 100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989.

Proton Satria: Sedan 3 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage.

Proton Satria GTI: Hatchback sport 3 pintu. Merupakan percubaan Proton untuk mengeluarkan versi sport dan market hatchback berkuasa tinggi. Amat popular di Malaysia dan mempunyai pengikut yang ramai di Australia. Enjin berkuasa 4 silinder 1.8 liter DOHC.

Proton Satria R3: Merupakan versi terhad spek perlumbaan untuk Satria dengan hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit. Merangkumi kerangka chasis ringan dan enjin ubahan.
Proton Satria Neo: Merupakan versi terbaru keluaran Proton. Ianya dilancarkan pada 16 Jun 2006 dan didatangkan dalam 1.6L dan 1.3L dengan enjin Campro. Ianya dijangka mengambil kembali pasaran jualan kereta Proton sebanyak 40%.

Proton Savvy: Dilancarkan pada 8 Jun 2005. Merupakan kereta kompak 5 pintu dengan 1,200 cc, model gantian untuk Proton Tiara. Tetapan standard kereta ini menerima enjin dan kotak gear semi-otomatik dari Renault.
Proton Tiara: Merupakan kereta kompak berasaskan Citroën AX, direka dibawah lesen Proton dari 1996 hingga 2000.

Proton Waja: Juga dipanggil Proton Impian di Eropah, ia merupakan kereta Proton yang pertama direka sendiri. Tetapi, chasis kereta diambil dan direka berpandukan chasis dari Mitsubishi (melainkan varian 1,800 cc, dimana dibangunkan dengan menggunakan enjin Renault).

Proton Wira: Juga dikenali sebagai Proton Persona di beberapa pasaran luar negara, ia telah diperkenalkan pada 1993 berasaskan Mitsubishi Lancer/Colt. Telah terjual sebanyak 220,000 unit diantara 1996 dan 1998. Versi ini amat popular di Malaysia.

Sejarah Motosikal

Sejarah motosikal bermula apabila manusia cuba untuk memasang enjin pada basikal. Berikutan dengan itulah terhasilnya motosikal pertama di dunia yang digerakkan oleh enjin wap, diikuti dengan motosikal yang menggunakan enjin petrol pada akhir kurun ke-19. Sejak daripada itulah rekaan motosikal terus berevolusi mengikut zaman sehinggalah kepada model-model motosikal terkini yang dapat kita lihat pada hari ini.

Motosikal berkuasa petrol terawal dicipta oleh Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach pada tahun 1885. Hanya pada tahun 1894 motosikal mula dijual kepada orang ramai dan model pertama yang dijual adalah Hildebrand & Wolfmüller buatan Jerman.

Sejarah awal motosikal bermula di benua Eropah dan Amerika Syarikat, namun pada hari ini industri motosikal sebahagian besarnya dikuasai oleh pengeluar-pengeluar dari Jepun seperti Honda, Yamaha, Suzuki dan Kawasaki. Malaysia juga tidak ketinggalan untuk mengeluarkan motosikal sendiri melalui penubuhan Modenas pada tahun 1995.

Sejarah Komputer

Tahukah anda bahawa komputer yang anda gunakan pada hari ini telah berkembang teknologinya sejak 6 dekad yang lepas, bahkan pada ianya dicipta, anda mungkin belum dilahirkan lagi. Sejarah perkembangan komputer telah lama bermula iailu sejak tahun 1940 dan dapat dibahagikan kepada 4 generasi dari menggunakan elektronik sepenuhnya sehinggalah kepada penggunaan mikro komputer.

Mari kita lihat perkembangan generasi komputer yang telah dihuraikan oleh pengkaji-pengkaji bidang ini.


1) GENERASI PERTAMA (1940-1959)

Komputer dihasilkan adalah elektronik sepenuhnya. Saiznya agak besar (hampir menyamai sebuah bilik tidur) dan dikategorikan kepada Kerangka Utama (Mainframe), la menggunakan tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil yang cepat panas dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan amat banyak agar tidak menjejaskan keupayaan komputer. la juga menggunakan tenaga elektrik dengan banyak.
Pada tahun 1946, menyaksikan komputer elektronik sepenuhnya direka oleh Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert telah mencipta ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator). ENIAC mengambil ruang sebanyak 140 meter persegi, berat 30 ton, menggunakan 130 kilowatt tenaga dan 1800 tiub vakum. Ingatannya disimpan diluar dengan menggunakan suiz dan wayar. la berupaya melakukan 5000 pencampuran dan 300 pendaraban sesaat. la dikendalikan oleh hanya jurutera terlatih. John Von Neumann akhirnya mencadangkan penggunaan Konsep Aturcara Tersimpan iaitu komputer menyimpan ingatan di dalam storan utama. la menggunakan nombor binari.
Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert sekali lagi mencipta EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub vakum. la lebih cekap dari ENIAC dan menggunakan Konsep Aturcara Tersimpan. EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) yang menggunakan raksa dan tiub vakum untuk menyimpan ingatan telah dicipta. UNIVAC1 (Universal Automatik Calculator) ciptaan Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert mula dikeluarkan pada tahun 1951 adalah komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. la juga menggunakan raksa untuk storan.


2) GENERASI KEDUA (1959-1964)

Transistor dan diod digunakan bagi menggantikan tiub vakum walaupun ia mudah terbakar. Cara baru untuk menyimpan ingatan iaitu Teras Magnetik diperkenalkan. la menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litar elektrik. Keupayaannya memproses lebih besar. la mula menggunakan bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi iaitu FOTRAN(1954) dan COBOL(1959) bagi menggantikan bahasa mesin. Minikomputer dihasilkan. la lebih murah dan lebih kecil berbanding dengan Kerangka Utama. la digunakan bagi tujuan memproses data perniagaan, universiti selain di bidang ketenteraan. (Contoh : DEC PDP-8, IBM 7090 dan IBM 7094)


3) GENERASI KETIGA (1964-1980)

la bermula apabila IBM (Internatinal Business Machine) memperkenalkan Sistem/360 iaitu Kerangka Utama yang mengandungi alatan-alatan yang lengkap bagi memenuhi semua keperluan pengaturcaraan pada masa tersebut.Sistem/360 memperkenalkan ciri baru Sistem Pengoperasian iaitu Konsep Perkongsian Masa. Sistem ini adalah satu kumpulan aturcara yang mengurus dan menyelaras keseluruhan operasi komputer, la memudahkan penggunaan komputer. Disimpan secara kekal dalam Ingatan Utama (ROM) komputer atau storan sekunder.
Konsep ini membenarkan penggunaan banyak stesen secara berasaingan dan dikawal oleh Sistem Induk dimana pemprosesan boleh dilakukan serentak pada sesuatu masa walaupun stesen yang lain digunakan. Supercomputer seperti Cray-1 diperkenalkan bagi mengkaji cuaca dan alam semulajadi.


4) GENERASI KEEMPAT (1980-sekarang)

Penyelidikan microelektronik telah berjaya menghasilkan Litar Bersepadu/Terkamir atau Cip dimana beribu transistor dipadatkan didalam kepingan empat segi silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar (Large Scale Integration). Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. MicroKomputer merupakan yang terkecil didalam keluarga komputer digital mula dinasilkan seperti Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair.
Bahasa pengaturcaraan BASIC, Pascal, PL/1 C dan Logo mula digunakan. Kebanyakan komputer dibekalkan dengan bahasa secara "bina-dalam" di dalam ROM untuk bahasa BASIC. Bahasa ini merupakan bahasa yang paling popular untuk microkompuler. Perisian tambahan juga diperkenalkan bagi membantu penyelesaian masalah. Laptop, Notebook, Handheld dan Palmtop diperkenalkan. la lebih kecil dari Microkomputer serta mudah dibawa ke mana-mana. Internet iaitu Sistem Rangkaian yang luas menggunakan protokol TCP/IP diperkenalkan sebagai rangkaian perkongsian maklumat secara global. (Processor 6086,80286, 80386,80486, Pentium, Celeron, Pentium II, Pentium 111 dan Pentium 4)

Malaysia - Sejarah

Malaysia (Jawi: مليسيا) ialah sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggara. Malaysia mempunyai dua kawasan utama yang terpisah oleh Laut China Selatan; iaitu Semenanjung Malaysia, bersempadankan Thailand di utara dan Singapura di selatan; dan Malaysia Timur, bahagian utara Pulau Borneo yang bersempadan dengan Indonesia di selatan dan Brunei di utara. Malaysia adalah salah satu negara perintis ASEAN.

Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan di Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui Selat Melaka. Banyak kerajaan awal wujud pada abad ke-10 berasal daripada bandar pelabuhan. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, serta Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis, Belanda dan Britain untuk mewujudkan petempatan atau koloni di Selat Melaka.

Petempatan selat koloni diraja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan selat ini terdiri dari Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan kongsi gelap Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri-negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri-negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu berada di bawah kuasa Thailand.

Di Borneo pula, Borneo Utara Britain dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu (sekarang Sabah) ditabalkan sebagai Koloni Diraja British, manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke. Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, sokongan untuk kemerdekaan semakin kuat. Apabila Britain mahu mewujudkan Malayan Union selepas perang berakhir, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk Semenanjung Tanah Melayu diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa penyertaan Singapura.

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei yang kecewa kerana sultan mereka tidak disenarai dalam bakal Yang Di-Pertuan Agong. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan rusuhan kaum terjadi pada 1969.

Kini Malaysia masih lagi mempunyai beberapa masalah dengan jirannya seperti masalah penambakan tanah oleh Singapura dan isu harga air. Dengan Indonesia juga terdapat sedikit perselisihan mengenai pemberian konsesi carigali minyak di perairan Sabah serta masalah pekerja asing tanpa izin (PATI). Namun segala masalah tersebut dirundingkan secara aman dengan semangat setiakawan. Tambahan lagi, rakyat Malaysia dan jiran-jirannya berasal dari rumpun yang sama. Terutamanya dengan rakyat Indonesia, Malaysia telah banyak menjalin ikatan dengan rakyat di negara itu.