PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.
Pemegang saham terdiri daripada:
Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%)
Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)
Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)
7 Mei 1983: Penubuhan PROTON.
23 Mei 1983: Upacara menandatangani:
Perjanjian usahasama;
Perjanjian bantuan teknikal;
Perjanjian pinjaman;
Kontrak untuk bekalan dan pembinaan loji pembuatan kereta;
Kontrak untuk bekalan bungkusan KD dan alatganti.
25 Jun 1984: Menandatangai perjanjian kakitangan.
27 Jun 1984: Pengumumam nama model bagi kereta nasional (Proton Saga).
1 Ogos 1984: Pemasangan peralatan/jentera bermula.
29 Oktober 1984: Penilaian bersama prototaip pengeluaran untuk mendapat pengesahan dan persetujuan.
1 Disember 1984: Berpindah ke pejabat baru di Loji, Shah Alam.
26 Januari 1985: Pemasangan mesin pembentuk dirasmikan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
18 April 1985: Percubaan pengeluaran kereta pertama selesai.
1 Julai 1985: Permulaan pengeluaran komersial Proton Saga.
9 Julai 1985: Pembukaan rasmi kilang kereta nasional dan pelancaran Proton Saga oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.
1 September 1985: Pelancaran pasaran oleh Edaran Otomobil Nasional Sdn Bhd (EON).
15 Januari 1986: Pengeluaran 10,000 unit Proton Saga.
Senarai kenderaan/kereta keluaran PROTON adalah seperti berikut:
Proton Arena: Sebuah trak utiliti mini yang juga dipanggil sebagai Proton Jumbuck di UK dan Australia).
Proton BLM: Model pengganti bagi kereta Proton Saga yang dikeluarkan sejak tahun 1985, bakal dilancarkan pada Januari 2008.
Proton Gen-2: Satu-satunya kereta buatan Malaysia sepenuhnya (termasuk chasis dan enjin) dan merupakan model gantian untuk Proton Wira; dilancarkan pada 8 Februari 2004.
Proton Iswara: Merupakan perubahan rupa bagi Proton Saga; dilancarkan pada 1992.
Proton Juara: Sebuah MPV yang ringkas dan kecil berasaskan Mitsubishi Town Box.
Proton Persona: Dilancarkan pada 15 Ogos 2007. Kereta 1.6 liter sedan ini berasaskan kepada model terdahulu, Proton Gen-2 dengan menampilkan bentuk sedan berbanding Gen-2 dengan bentuk hatchback. Ianya juga mengekalkan enjin 82kW Campro.
Proton Perdana: Berasaskan Mitsubishi Eterna, dikeluarkan untuk pasaran kereta mewah pada 1994.
Proton Perdana V6: Versi V6 untuk Proton Perdana dengan pengubahsuaian kit.
Proton Pert: Mempunyai ciri yang sama seperti Mitsubishi Lancer Evolution. Model yang terkini dipasang seperti Evolution VII dan bertanding dalam kelas produksi di World Rally Championship.
Proton Putra: Sedan sport 3 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage.
Proton Saga: Merupakan model pertama, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke 100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989.
Proton Satria: Sedan 3 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage.
Proton Satria GTI: Hatchback sport 3 pintu. Merupakan percubaan Proton untuk mengeluarkan versi sport dan market hatchback berkuasa tinggi. Amat popular di Malaysia dan mempunyai pengikut yang ramai di Australia. Enjin berkuasa 4 silinder 1.8 liter DOHC.
Proton Satria R3: Merupakan versi terhad spek perlumbaan untuk Satria dengan hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit. Merangkumi kerangka chasis ringan dan enjin ubahan.
Proton Satria Neo: Merupakan versi terbaru keluaran Proton. Ianya dilancarkan pada 16 Jun 2006 dan didatangkan dalam 1.6L dan 1.3L dengan enjin Campro. Ianya dijangka mengambil kembali pasaran jualan kereta Proton sebanyak 40%.
Proton Savvy: Dilancarkan pada 8 Jun 2005. Merupakan kereta kompak 5 pintu dengan 1,200 cc, model gantian untuk Proton Tiara. Tetapan standard kereta ini menerima enjin dan kotak gear semi-otomatik dari Renault.
Proton Tiara: Merupakan kereta kompak berasaskan Citroën AX, direka dibawah lesen Proton dari 1996 hingga 2000.
Proton Waja: Juga dipanggil Proton Impian di Eropah, ia merupakan kereta Proton yang pertama direka sendiri. Tetapi, chasis kereta diambil dan direka berpandukan chasis dari Mitsubishi (melainkan varian 1,800 cc, dimana dibangunkan dengan menggunakan enjin Renault).
Proton Wira: Juga dikenali sebagai Proton Persona di beberapa pasaran luar negara, ia telah diperkenalkan pada 1993 berasaskan Mitsubishi Lancer/Colt. Telah terjual sebanyak 220,000 unit diantara 1996 dan 1998. Versi ini amat popular di Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment